Assalamualaikum kawan~kawan.. pagi tadi saya buat kuih buah melaka atau onder~onder .... dengan air tangan saya sendiri... alhamdulillah
First kita sedia bahan~bahan nya ialah tepung pulut,tepung gandum,garam,daun pandan,pewarna hijau,kelapa putih,dan gula melaka..
kedua kita mesin daun pandan and tapis ... ia akan menjadi air daun pandan.. lepas tu letak kan pewarna hijau dan garam ke dalam air itu dan kacau hingga sebati..
Seterusnya kelapa putih tu kena kukus supaya nanti ia boleh tahan lama ....setelah siap kukus kita terus dengan ulikan bahan seterusnya tepung pulut,tepung gandum sikit dan air pandan hijau tadi... kacau hingga sebati
Kita kukus kan air tunggu hingga mendidih...selepas tu itu bahan yg diuli tu kita buat bulat kecil~kecil dan isi kan gula melaka kedalam nya... ia akan menjadi bulat kecik...
Dah siap kita masuk kan bulat kecik tu ke dalam air yg dikukus dan tunggu benda tu timbul... kalau dah timbul angkat dan tapis kuih tu hingga airnya kering...
Selepas kering kita letakan ke dalam kelapa tadi... dan gaul hingga sebati... akhir nya boleh disediakan dan makan...
Kuih onde~onder salah satu kuih kegemaran keluarga saya...daripada kita beli hanya dpt berbiji.. lebih baik kita buat sendiri...jimat kos...
Terima kasih kepada sifu saya ialah mak saya yang mengajar banyak tentang memasak... i love cooking...
Kawan~kawan semua jom buat kerja faedah daripada lepak membuang masa.. Terima kasih sebab sudi baca blog saya.. Assalamualaikum.. bye.. sila mencuba..okey
Jumaat, 14 November 2014
Kuih Tradisonal Buah Melaka atau Onder~onder
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sedapnya ����
BalasPadamye ke eva..hahahahx
BalasPadam